Apple Mengemaskini iWorks Dan iLife – Ditawarkan Percuma Dengan Pembelian Mac Dan Peranti iOS Baru

Apple Mengemaskini iWorks Dan iLife – Ditawarkan Percuma Dengan Pembelian Mac Dan Peranti iOS Baru

Diterbitkan pada Okt 23, 2013 oleh .

Selain daripada kemaskini sistem operasi yang ditawarkan secara percuma, pihak Apple juga menambah beberapa perisian lain lagi dibawah tawaran percuma termasuk iWorks dan juga iLife.

Apple Event - iLife

Kedua-dua kumpulan perisian ini diberikan beberapa kemaskini, dan dioptimasikan dengan lebih baik untuk pengguna Mac dan juga iOS.

Melalui kemaskini iLife, ia membawakan beberapa penambah-baikkan untuk iPhoto, iMovie dan juga GarageBand. Kesemuanya kini diberikan kemaskini antaramuka dan rekabentuk, serta ditawarkan secara percuma kepada pengguna yang membeli peranti Mac OS X atau iOS yang baru.

iWorks yang membawakan Pages, Numbers dan juga Keynote juga diberikan kemaskini serupa, dimana kini lebih membawakan elemen menyerupai iOS 7. Sama seperti iLife, ia juga ditawarkan secara percuma kepada pembeli Mac dan juga peranti iOS yang baru.


TIPS & ULASAN