MacBook Pro Dengan Paparan Retina Kini Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM4199

MacBook Pro Dengan Paparan Retina Kini Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM4199

Diterbitkan pada Okt 23, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengenalan MacBook Pro baru, pihak Apple telah mula menyenaraikan ia di Apple Store Malaysia dengan masa penghantaran dalam 24 jam daripada pembelian. MacBook Pro dengan paparan Retina versi asas dijual pada harga bermula RM4199.

Versi asas menyertakan skrin bersaiz 13-inci, cip pemprosesan Intel Core i5 2.4GHz, memori 4GB RAM, dan juga grafik Intel Iris. Versi 13-inci dilihat menyertakan masa penggunaan selama 9 jam, sementara versi 15-inci pula selama 8-jam.

MacPro Retina

MacBook Pro Retina 15inci

Selain daripada pembelian melalui halaman Apple Store Malaysia, mungkin kita akan dapat melihat ia di kedai pengedar rasmi Apple seluruh negara dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN