Rasmi : Apple iPhone 5S Bermula RM2399 – iPhone 5C Bermula RM1999

Rasmi : Apple iPhone 5S Bermula RM2399 – iPhone 5C Bermula RM1999

Diterbitkan pada Okt 23, 2013 oleh .

Bersama-sama kemaskini laman Apple Store Malaysia, pihak Apple juga turut mengemaskini halaman iPhone 5S dan juga iPhone 5C, sekaligus memperlihatkan harga peranti berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Untuk model iPhone 5C, versi 16GB dilihat dijual pada harga RM1999, sementara versi 32GB pula dijual pada harga RM2399.

Untuk iPhone 5S pula, versi 16GB dijual pada harga RM2399, 32GB pada harga RM2749 dan 64GB pada harga RM3149.

Seperti semua sedia maklum, iPhone 5C hadir dalam pilihan pelbagai warna dengan spesifikasi lebih kurang menyerupai iPhone 5 pada tahun lepas. Sementara iPhone 5S pula membawakan beberapa fungsi baru seperti TouchID dan juga bahagian kamera yang lebih baik, serta dilengkapi cip pemprosesan A7 64-bit.

Kedua-dua versi telefon pintar ini bakal dijual di Malaysia bermula 31 Oktober ini. Maxis, DiGi dan Celcom bakal menawarkan ia bersama-sama pakej mereka untuk pengguna tempatan, selain boleh dibeli melalui pengedar rasmi Apple dan melalui laman rasmi Apple.

iPhone 5C Malaysia

iPhone 5S Malaysia


TIPS & ULASAN