Gambar Peranti Dengan Skrin Melengkung Dari LG Diperlihatkan

Diterbitkan pada Okt 23, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG G Flex telah sedia diperlihatkan dalam bentuk rendering sebelum ini, dan kini, beberapa gambar peranti fizikal berkenaan diperlihatkan, sekaligus menunjukkan bagaimanakah versi akhir peranti berkenaan akan kelihatan.

LG G Flex

LG G Flex

LG G Flex ini dikatakan membawakan skrin melengkung bersaiz sekitar 6-inci, selain mana dilengkapi dengan kamera 13-megapixel. Telefon pintar ini juga turut membawakan butang fizikal pada bahagian belakang, sama seperti LG G2 sebelum ini.

LG masih belum mengumumkan peranti ini secara rasmi, dan ia dikatakan akan dilancarkan di Korea Selatan pada bulan hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami