Cari @ Amanz

Bagi mereka yang gemar memainkan permainan berbentuk FPS (First Person Shooter) pada peranti mudah-alih, mungkin pernah mendengar akan mengenai Dead Trigger. Kini, versi kedua permainan tersebut, iaitu Dead Trigger 2 telah pun dilancarkan untuk pengguna iOS dan juga Android.

Dead Trigger 2

Seperti permainan asal, ia masih memfokuskan kepada pengguna yang perlu membunuh zombie, dan pada Dead Trigger 2 ia juga turut memfokuskan sokongan permainan multi-player bersama-sama dengannya.

Dead Trigger 2 ini ditawarkan secara percuma, dan seperti beberapa permainan dan aplikasi akhir-akhir ini, ia juga turut didatangkan dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store dan Apple AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd