Themer Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Beta Terbuka

Themer Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Beta Terbuka

Diterbitkan pada Okt 24, 2013 oleh .

ThemerThemer merupakan salah satu aplikasi daripada pihak MyColourScreen, dimana ia memudahkan pengguna untuk mengubah tema peranti Android dan menggunakan pelbagai widget dalam keadaan yang disusun dalam bentuk yang amat menarik.

Themer sebelum ini ditawarkan dalam bentuk beta tertutup, memerlukan pengguna untuk mendaftarkan emel, dan menantikan kod untuk menggunakannya.

Kini, ia nampaknya kelihatan yang mana pasukan pembangunnya telah melangkah setapak kehadapan, dan menawarkan ia dalam bentuk beta terbuka.

Sebaik sahaja pengguna memasang dan memasukkan emel, kini kod diberikan serta-merta, membolehkan pengguna menggunakannya tanpa perlu menantikan kod seperti sebelum ini.

Bagi pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini dari Google Play Store.

Muat-Turun Themer untuk Android


TIPS & ULASAN