Cari @ Amanz

Bentuk implementasi Chat Head oleh Facebook sebelum ini adalah salah satu perkara yang digemari ramai. Pelbagai aplikasi yang telah hadir dengan mengambil inspirasi daripadanya, dan kini salah satunya adalah Call Popout.

Daripada namanya, mungkin semua sedia maklum akan mengenai sokongannya untuk panggilan. Melalui Call Popout, ia memperlihatkan sebuah popout seumpama Chat Head apabila pengguna menerima panggilan.

Call Popout

Perkara ini mungkin agak berguna, terutamanya sekiranya anda sedang membuka sesuatu aplikasi lain, dan penerimaan panggilan telefoni dilihat tidak begitu menganggu berbanding kebiasaannya.

Call Popout ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android, selain mana turut hadir dalam versi premium yang menyertakan beberapa fungsi kawalan tambahan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd