WordPress 3.7 Diperkenalkan – Menyertakan Kemaskini Automatik

WordPress 3.7 Diperkenalkan – Menyertakan Kemaskini Automatik

Diterbitkan pada Okt 25, 2013 oleh .

Dengan masa pembangunan pantas baru, pihak WordPress hari ini telah pun memperkenalkan dan melancarkan WordPress 3.7 secara rasminya, membolehkan pengguna seluruh dunia untuk memuat-turun dan menaik-taraf pemasangan mereka.

Bersama-sama dengan WordPress 3.7, beberapa sokongan baru disertakan termasuk salah satunya adalah kemaskini sekuriti secara automatik, tanpa perlu anda menekan sebarang butang kemaskini lagi.

Disamping itu, ia turut memfokuskan kepada beberapa sokongan sekuriti lain, termasuk meminta pengguna membuat kata laluan yang lebih sukar dan baik.

Sokongan carian pada WordPress 3.7 juga diperbaiki, membolehkan pengguna menerima mendapat hasil carian yang lebih relevan tanpa mengikut urutan tarikh seperti sebelum ini.

Bagi mereka yang menggunakan WordPress, anda boleh menaik-taraf kepada WordPress 3.7 hari ini dan menikmati pelbagai penambah-baikkan yang disertakan bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN