Cari @ Amanz

Cakera keras merupakan salah satu komponen utama dalam komputer, dimana pelbagai dokumen penting disimpan didalamnya. Setiap pengguna semestinya ingin memastikan cakera keras mereka sentiasa dalam keadaan baik untuk mengelakkan sebarang dokumen atau data mereka hilang daripadanya.

HDDExpert

Terdapat beberapa perisian yang memudahkan pengguna untuk memantau dan melihat prestasi cakera keras anda, dan salah satunya adalah HDDExpert untuk Windows.

HDDExpert dilihat menggunakan terma perkomputeran mudah, disamping mana menawarkan pelbagai info termasuk sama ada suhu komputer anda dalam keadaan baik dan sebagainya.

Pada HDDExpert, ia memperlihatkan pelbagai info berkaitan cakera keras anda, disamping pada masa yang sama menawarkan info tambahan mengenai sebarang kerosakkan dan sebagainya pada skrin perisian tersebut.

Secara keseluruhannya, ia boleh dikatakan sebuah perisian yang ringkas, dan mungkin berguna untuk anda dalam memantau prestasi cakera keras anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd