Facebook Dilaporkan Menangguhkan Pengenalan Iklan Video Ke 2014

Facebook Dilaporkan Menangguhkan Pengenalan Iklan Video Ke 2014

Diterbitkan pada Okt 26, 2013 oleh .

Pengiklanan adalah salah satu sumber pendapatan pihak Facebook, dan ia sedia dikatakan mereka akan memperkenalkan pengiklanan berbentuk video 15-saat pada laman sosial tersebut.

Mengikut laporan terbaru, pengenalan tersebut dikatakan ditangguhkan ke tahun 2014, dalam usaha untuk mengujinya dengan lebih lama, disamping menambah baik bagaimana ia dipaparkan dan sebagainya. Selain itu, ia juga dikatakan Facebook tidak ingin memperkenalkan format iklan yang membuatkan pengguna tidak menyukai perkhidmatan tersebut.

Pengiklanan video di Facebook dikatakan akan membolehkan syarikat untuk mengiklankan produk mereka melalui video selama 15 saat, dan dimainkan automatik kepada pengguna. Desas-desus turut mengatakan dengan had selama 15-saat, ia sekaligus akan memudahkan pengiklanan tersebut diintegrasikan daripada Instagram dengan mudah.


TIPS & ULASAN