Sync Fail Antara Dua Folder Dengan Mudah Menggunakan PathSync

Sync Fail Antara Dua Folder Dengan Mudah Menggunakan PathSync

Diterbitkan pada Okt 26, 2013 oleh .

Adakalanya pengguna ingin sync ataupun salin fail-fail daripada satu folder ke folder yang lain pada komputer mereka, terutamanya ketika ingin membuat salinan pendua ke external harddisk. Untuk tujuan ini, salah satu perisian yang boleh membantu anda adalah PathSync.

PatHSync

PathSync merupakan salah satu perisian sumber terbuka, dimana membolehkan anda membandingkan fail antara satu sama lain dan sync ia ataupun menyalin dokumen dan fail dari satu folder ke yang lain.

Selain hanya sync, pengguna juga menganalisa fail antara dua folder berkenaan, sekaligus melihat apakah perbezaan antaranya sebelum memulakan proses sync antara folder berkenaan.

Bagi mereka yang sering melakukan backup antara dua folder, atau antara komputer dan cakera keras luaran, mungkin ini adalah salah satu perisian yang bersesuaian dengan anda.

Muat-Turun PathSync untuk Windows


TIPS & ULASAN