Cari @ Amanz

SnapchatSnapchat merupakan salah saatu perkhidmatan permesejan pada peranti mudah-alih yang mana hadir dengan sokongan memadam sesuatu mesej selepas dibaca. Perkhidmatan tersebut antara perkhidmatan yang digemari ramai pengguna – dikatakan memproses lebih 350 juta mesej “snap” sebulan.

Dengan fokus ke arena perkhidmatan mudah-alih, ia kini dilaporkan yang mana Facebook pernah cuba untuk membeli perkhidmatan tersebut dengan tawaran mencecah sehingga $1 bilion.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan pihak Snapchat menolak tawaran berkenaan, dan masih kekal sebagai syarikat persendirian buat masa ini.

Ia tidak diketahui apakah hajat Zuckerberg dalam mendapatkan perkhidmatan tersebut. Mungkin untuk menggunakannya dalam mengintegrasikan sokongan tersebut ke Facebook Messeger dan sebagainya.

Bagi anda, adakah pernah menggunakan perkhidmatan Snapchat?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd