BBM Untuk Android Dan iPhone Dibuka Untuk Semua – Tiada Lagi Penantian

BBM Untuk Android Dan iPhone Dibuka Untuk Semua – Tiada Lagi Penantian

Diterbitkan pada Okt 27, 2013 oleh .

Ketika pengenalan BBM untuk Android dan iPhone pada minggu lepas, ia memerlukan pengguna menantikan seketika – dan menerima emel sebelum dapat menggunakannya. Kini, kelihatan ia tidak lagi diperlukan, dan perkhidmatan tersebut telah pun dibuka kepada semua.

Bagi pengguna yang memuat-turun aplikasi tersebut pada Android dan iPhone, kini mereka terus dibawa ke halaman pendaftaran ataupun log masuk ke akaun BlackBerry sedia ada.

Melalui BBM untuk Android dan iPhone, ia membawakan sokongan permesejan asas, membolehkan pengguna kedua-dua platform tersebut menggunakan perkhidmatan permesejan yang terhad kepada pengguna BlackBerry sebelum ini.

Muat-Turun BBM untuk iPhone

Muat-Turun BBM untuk Android


TIPS & ULASAN