Adakah Aplikasi Natif Untuk Skype Akan Diperkenalkan Pada BlackBerry 10?

Adakah Aplikasi Natif Untuk Skype Akan Diperkenalkan Pada BlackBerry 10?

Diterbitkan pada Okt 27, 2013 oleh .

Walaupun BlackBerry dilihat seperti dilanda pelbagai masalah akhir-akhir ini, namun ia tidak menghentikan daripada beberapa aplikasi popular hadir ke platform tersebut. Terbaru, pihak Microsoft dilihat memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Skype untuk Blackberry 10 dengan perubahan beberapa antaramuka padanya.

Namun, ia masih lagi kekal sebagai versi aplikasi Android yang diubah kepada BlackBerry 10, dan bukannya vers natif aplikasi berkenaan.

Mengikut sebuah tweet yang dihantar oleh seorang pengurus dari BlackBerry, ia dilihat memberi idea yang mana aplikasi natif mungkin akan hadir ke BlackBerry 10.

Sekiranya benar, maka mungkin kita akan dapat melihat beberapa fungsi menarik hadir bersama-sama dengannya, selain berjalan lebih lancar berbanding dengan versi port Android yang disediakan hari ini.


TIPS & ULASAN