Cari @ Amanz

Lanjutan daripada gambar Nexus 5 sebelum ini, kini sebuah lagi gambar baru hadir, memperlihatkan peranti sama dalam variasi warna putih. Gambar yang dikongsikan oleh pihak @evleaks ini turut hadir dengan tarikh 1 November.

Nexus 5 Putih

Sehingga ke hari ini, pelbagai perkara berkaitan dengan telefon pintar Nexus ini telah pun kedengaran. Dari segi spesifikasi, peranti ini dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 4.95-inci, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz, dan dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE.

Tarikh rasminya masih tidak dikongsikan pihak Google buat masa ini, dan mungkin sekiranya benar, pada tarikh pelancaran peranti ini juga kita akan dapat melihat pengumuman berkaitan Android 4.4 KitKat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd