Cari @ Amanz

Lanjutan daripada gambar peranti yang tertiris sebelum ini, hari ini pihak LG secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar mereka yang menyertakan skrin melengkung, dinamakan sebagai LG G Flex.

LG G Flex

Dari segi spesifikasi, LG G Flex menyertakan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800, memori 2GB RAM, dan juga kamera belakang 13-megapixel pada bahagian belakang. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500mAh bersama-sama dengannya.

LG mengatakan peranti ini memberikan kadar ergonomik lebih tinggi ketika membuat panggilan, serta menyertakan kebolehan untuk “pulih” daripada sebarang calar pada kerangka belakang.

LG G Flex

Buat masa ini, telefon pintar ini dilihat ditujukan untuk pengguna di Korea Selatan terlebih dahulu, dan tidak diketahui sama ada akan hadir ke negara-negara lain ataupun tidak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd