Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi pada platform iOS yang menawarkan pengguna untuk menambah efek khas sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain. Kini, salah satu yang hadir dengan kualiti efek yang menarik dan profesional adalah Chromic.

Chromic iOS

Aplikasi Chromic ini ditawarkan secara percuma, tetapi didatangkan dengan bilangan filter yang terhad, dan pengguna boleh menambah dengan membuat pembelian dalam aplikasi.

Untuk menggunakan efek dan filter pengguna boleh menggunakan kamera untuk merakam, ataupun mengimport video daripada Camera Roll. Setiap video yang telah disunting juga boleh terus disimpan pada Camera Roll, dan dilihat kualiti yang dihasilkan adalah amat baik jikalau dibandingkan dengan beberapa aplikasi lain.

Sekiranya anda menggunakan peranti iOS, dan ingin memberikan kesan tambahan pada video anda, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi Chromic hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd