Puran File Recovery Memudahkan Pengguna Mendapatkan Kembali Fail Yang Telah Dipadam

Puran File Recovery Memudahkan Pengguna Mendapatkan Kembali Fail Yang Telah Dipadam

Diterbitkan pada Okt 28, 2013 oleh .

Terdapat beberapa perisian yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan kembali fail yang telah dipadam daripada sesuatu cakera keras, dan salah satunya yang hadir dengan rekaan yang ringkas dan mudah digunakan adalah Puran File Recovery.

Melalui Puran File Recovery, ia menawarkan beberapa pilihan imbasan, dimana imbasan asas yang disediakan adalah amat pantas, sekaligus membolehkan pengguna melihat senarai fail-fail yang boleh diselamatkan termasuk preview untuknya.

Puran File Recovery

Setiap fail juga dipaparkan dengan statusnya, sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. Pengguna boleh menyelamatkan fail yang terpadam tanpa sengaja menggunakan perisian ini, dan mendapatkan kembali fail anda dengan mudah.

Bagi pengguna Windows yang ingin mencari sebuah perisian ringkas dan pantas dalam mendapatkan fail yang telah dipadam tanpa sengaja, mungkin Puran File Recovery ini boleh membantu anda.

Muat-Turun Puran File Recovery untuk Windows


TIPS & ULASAN