Microsoft Memperlihatkan Dashboard Xbox One Dengan Sokongan Kawalan Suara

Microsoft Memperlihatkan Dashboard Xbox One Dengan Sokongan Kawalan Suara

Diterbitkan pada Okt 29, 2013 oleh .

Microsoft sedia memperkenalkan konsol Xbox One dan juga alat kawalan untuknya sebelum ini. Kini, dengan tarikh jualan rasminya untuk beberapa buah negara barat yang semakin dekat, pihak Microsoft turut menerbitkan sebuah video khas memfokuskan kepada kawalan suara.

Melalui video yang diperlihatkan, Microsoft turut sama memperlihatkan dashboard Xbox One, kebolehan untuk bertukar dari satu aplikasi ke aplikasi lain, termasuk beberapa perkara yang lain.

Daripada apa yang dipertontonkan, Xbox One dilihat membawakan kawalan berasaskan suara untuk pelbagai fungsi, termasuk untuk merakamkan video permainan dan menjawab panggilan Skype.

Pasaran Asia dikatakan hanya akan menerima Xbox One sekitar penghujung tahun hadapan.


TIPS & ULASAN