Cari @ Amanz

Nampaknya, pihak Twitter hari ini memperkenalkan perubahan kecil pada laman web mereka, dimana mereka telah menambah sebuah butang kecil pada menu navigasi dalam memudahkan pengguna untuk mengakses Direct Message.

Twitter DM

Sebelum ini, pengguna perlu mengaksesnya melalui menu drop-down pada bahagian tetapan, dan nampaknya dengan perubahan baru ini ia lebih memudahkan pengguna untuk mengetahui penerimaan sebarang mesej baru pada laman sosial tersebut.

Mungkinkah ini juga sekaligus memberikan idea yang mana pihak Twitter bakal hadir dengan sebuah perkhidmatan khas memfokuskan kepada Direct Message?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd