Samsung Menjual 1 Juta Peranti Mudah-Alih Setiap Hari

Samsung Menjual 1 Juta Peranti Mudah-Alih Setiap Hari

Diterbitkan pada Okt 29, 2013 oleh .

Pada acara Samsung Developer Conference yang diadakan hari ini juga, selain berkongsi beberapa SDK menarik, pihak Samsung turut sama berkongsi statistik terkini mengenai pengeluaran peranti mereka.

Menurut Samsung, mereka kini menjual lebih 1 juta peranti mudah-alih setiap hari. Perkara ini meliputi tablet dan juga telefon pintar, serta berkemungkinan termasuk dengan komputer riba mereka.

Dengan Samsung yang sering hadir dengan lambakan peranti baru, berkemungkinan angka ini akan terus meningkat dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN