Motorola Mengumumkan Projek Ara – Platform Modular Untuk Telefon Pintar

Motorola Mengumumkan Projek Ara – Platform Modular Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan pada Okt 29, 2013 oleh .

Sebelum ini, kita sedia melihat sebuah konsep daripada perekabentuk bebas, dinamakan sebagai Phoneblok. Kini, nampaknya ia menarik minat Motorola, dan berkongsi mengenai perancangan mereka melalui projek baru dinamakan Project Ara.

Melalui projek ini, pihak Motorola dilihat ingin membuat apa yang Android telah lakukan pada perisian, tetapi Project Ara memfokuskan kepada hardware.

Project Ara

Bagi yang tidak ketahui akan berkenaan konsep telefon pintar modular ini, ia membolehkan pengguna ataupun pembangun untuk memilih dan memasang komponen mengikut kesukaan mereka, sekaligus memudahkan lagi proses menaik-taraf peranti.

Project Ara ini baru sahaja diumumkan, dan mereka dijangka akan memperkenalkan kit pembangun versi alpha dalam beberapa bulan lagi.

Jadi, mungkinkah projek ini akan menerima sokongan ramai pengeluar komponen seluruh dunia?


TIPS & ULASAN