Cari @ Amanz

Nokia 515Nokia telah memperkenalkan Nokia 515 pada penghujung Ogos yang lepas, dan kini selang dua bulan selepasnya, peranti tersebut telah mula ditawarkan di pasaran tempatan, dalam pilihan warna putih dan juga hitam.

Nokia 515 merupakan telefon bimbit pada kategori mampu-milik daripada Nokia, dan membawakan rekaan yang premium berasaskan kepada aluminium.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 2.4-inci QVGA, papan kekunci numpad, kamera belakang 5-megapixel dan juga sokongan dwi-SIM. Beberapa fungsi tambahan turut disertakan termasuk kebolehan rakaman Panorama dan juga sequence shot.

Di Malaysia, telefon ini dijual pada harga RM499 dan boleh didapati daripada pengedar Nokia tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd