Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, pihak Apple telah memperkenalkan tablet terbaru mereka – iPad Air, dan kini hari ini Logitech Malaysia berkongsi beberapa aksesori tambahan untuk tablet berkenaan yang akan dijual di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Daripada pengumuman pihak Logitech, antara aksesori yang ditawarkan adalah termasuk Logitech Ultrathin Keyboard Cover, Logitech Ultrathin Keyboard Folio, dan juga Logitech Folio Protective Cover.

Logitech Ultrathin Keyboard Cover

Logitech Ultrathin Keyboard Cover menawarkan papan kekunci yang dilengkapi dengan pelindung, membolehkan pengguna menghubungkan ia melalui Bluetooth dan menggunakannya untuk tujuan menaip dengan lebih pantas. Ia turut dilengkapi dengan klip magnetik khas untuk dihubungkan ke iPad Air, dan bertahan sehingga 3 bulan dengan sekali cas. Logitech Ultrathin Keyboard Cover ini akan dijual pada harga saranan RM299.

Logitech Ultrathin Keyboard Folio

Logitech Ultrathin Keyboard Folio pula membawakan pelindung depan dan belakang, serta dilengkapi dengan papan kekunci yang dihubungkan melalui Bluetooth. Ia juga menyokong untuk pengguna mendirikan ia bagi digunakan ketika proses menaip ataupun ketika ingin menikmati sebarang kandungan menggunakannya. Logitech Ultrathin Keyboard Folio ini akan dijual pada harga saranan RM329 di Malaysia.

Logitech Folio Protective Case

Dan akhir sekali, Logitech Folio Protective Case adalah hanya pelindung untuk iPad Air tanpa sebarang papan kekunci. Selain boleh mendirikan tablet dalam beberapa posisi, ia uga melindungi tablet berkenaan daripada calar dan sebagainya. Logitech Folio Protective Case akan membawakan harga saranan RM159 di Malaysia.

Ketiga-tiganya direka khas untuk iPad Air, dan dijangka akan dijual di pasaran tempatan selepas tablet berkenaan ditawarkan di sini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd