Cari @ Amanz

Dengan jam tangan pintar menjadi buah mulut ramai orang pada tahun ini, kini WSJ mengatakan yang mana pihak Google dalam fasa terakhir pembangunan jam tangan pntar mereka, dan dijangka akan bersedia untuk pengeluaran tidak lama lagi.

Peranti baru ini bakal menjalankan Android, dan mengintegrasikan sokongan Google Now bersama-sama dengannya, sekaligus memudahkan pengguna untuk mengikuti pelbagai informasi melalui skrin kecil di pergelangan tangan mereka.

Google Time

Jam tangan pintar ini juga akan berhubung dengan telefon pintar pengguna dalam menarik beberapa informasi dan memaparkan ia pada skrin jam tangan pintar – lebih kurang sama seperti beberapa jam tangan pintar di pasaran hari ini.

WSJ mengatakan jam tangan pintar daripada Google ini bakal sedia untuk pengeluaran dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd