Cari @ Amanz

Selain berkongsi mengenai perisian OS X yang akan ditawarkan secara percuma selepas ini, pihak Apple juga dilihat berkongsi mengatakan mereka akan hadir dengan kategori produk baru pada tahun hadapan.

Apple pada hari ini menawarkan beberapa produk, termasuk tablet, telefon pintar, komputer riba, pemain muzik dan beberapa yang lain. Apakah kategori baru yang akan disertai oleh Apple masih tidak diketahui sepenuhnya.

Namun, mengikut pelbagai ura-ura sebelum ini, antara yang dikatakan adalah jam tangan pintar daripada Apple, yang mana akan berfungsi sebagai peranti pelengkap kepada peranti mereka dan pada masa yang sama bersaing dengan pengeluar lain termasuk Samsung.

Disamping itu, Apple juga dikatakan akan hadir dengan set televisyen, tetapi berkemungkinan ia akan mengambil sedikit lagi masa sebelum diperkenalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd