Cari @ Amanz

BlackBerry sedia menerima tawaran daripada FairFax Financial, dan mereka masih terbuka untuk beberapa tawaran daripada pihak lain. Selain daripada Lenovo, terkini ia dikatakan pihak Facebook dan juga BlackBerry telah bertemu.

Walaupun kedua-dua pihak dikatakan bertemu untuk tujuan berbincang mengenai pembidaan, namun ia tidak diketahui lagi sama ada Facebook ingin meletakkan bidaan mereka ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, beberapa laporan telah mengatakan beberapa gergasi IT seperti Google dan juga Intel turut berminat untuk mendapatkan sebahagian daripada teknologi BlackBerry dan mungkin secara keseluruhannya.

Seperti biasa, ia mungkin hanya sekadar pertemuaan awal, dan mungkin juga pihak Facebook tidak berminat secara keseluruhan kepada Blackberry, tetapi hanya kepada sebahagian daripada teknologi mereka.

BlackBerry dijangka akan mengumumkan pendirian akhir mereka pada minggu depan, dengan tarikh akhir untuk bidaan adalah pada Isnin hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd