Twitter hari ini memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Android, iOS serta pembaharuan pada web mereka, dimana gambar dan video yang dikongsikan dipaparkan terus tanpa perlu tap pada Tweet berkenaan.
Buat masa ini, sokongan preview hanya hadir untuk penggunaan perkhidmatan Twitter Photos dan juga video Vine sahaja, dan mungkin ia akan diperluaskan pada masa akan datang.
Bagi pengguna Twitter di web, anda mungkin sudah boleh melihat paparan gambar Twitter Photos dan juga video Vine tanpa perlu klik pada Tweet berkenaan, sementara sekiranya anda menggunakan aplikasi Android atau iOS, mungkin boleh mengemaskininya hari ini.