Facebook Hadir Dengan Aplikasi Messenger Yang Diberikan Nafas Baru Untuk Android

Facebook Hadir Dengan Aplikasi Messenger Yang Diberikan Nafas Baru Untuk Android

Diterbitkan pada Okt 30, 2013 oleh .

Dengan arena aplikasi permesejan yang semakin hangat dari hari ke hari, kini pihak Facebook mengumumkan Facebook Messenger yang serba baru untuk pengguna Android, membawakan kemaskini rekabentuk serta beberapa sokongan baru bersama-sama dengannya.

Facebook Messenger

Melalui rekabentuk baru ini, ia tampak lebih kemas, dan lebih ceria berbanding sebelumnya. Facebook turut berkongsi yang mana melaluinya pengguna boleh melihat sama ada seseorang kawan itu boleh dihubungi melalui Messenger serta-merta ataupun tidak melalui sebuah ikon berwarna biru yang ditunjukkan bersebelahan gambar profil mereka.

Sekiranya tidak dapat dicapai ketika itu, Facebook Messenger kini membolehkan pengguna untuk memasukkan nombor telefon rakan mereka dan menghantar melalui aplikasi berkenaan.

Perkara ini mungkin boleh dikatakan sebagai langkah awal Facebook dalam membolehkan ia digunakan sebagai ganti kepada aplikasi SMS anda, apatah lagi dengan pihak Google yang membolehkan pengguna menetapkan aplikasi SMS utama melalui Android 4.4 kelak.

Facebook dijangka akan memperkenalkan kemaskini ini untuk suatu angka pengguna yang kecil dalam membolehkan mereka mengujinya dan menerima maklumbalas untuknya terlebih dahulu sebelum memperkenalkan ia dengan lebih meluas.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekabentuk baru aplikasi permesejan Facebook ini?


TIPS & ULASAN