Samsung Galaxy Note 10.1 (2014) Berharga RM2299 Di Malaysia – Ditawarkan Bermula 7 November

Samsung Galaxy Note 10.1 (2014) Berharga RM2299 Di Malaysia – Ditawarkan Bermula 7 November

Diterbitkan pada Okt 30, 2013 oleh .

Hari ini, pihak Samsung Malaysia secara rasminya telah berkongsi akan mengenai tablet terbaru mereka dengan sokongan S-Pen, iaitu Galaxy Note 10.1 2014 dan akan mula ditawarkan di Malaysia bermula 7 November 2013 kelak.

Samsung Galaxy Note 10.1

Samsung Galaxy Note 10.1 2014 menyertakan skrin bersaiz 10.1-inci, cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz, memori 3GB RAM, serta hadir dengan sokongan S-Pen. Beberapa fungsi popular Samsung turut hadir, termasuk antaranya adalah S-Note, Air Command, Action Memo dan sebagainya. Tablet dengan sokongan stylus ini turut menawarkan kamera belakang 8-megapixel dengan sensor BSI, serta kamera hadapan 2-megapixel.

Versi yang ditawarkan di Malaysia adalah versi LTE, dan turut hadir dengan ganjaran Galaxy Lifestyle yang menawarkan beberapa kandungan tambahan daripada MPHOnline, The Star, serta langganan percuma untuk TM WiFi.

Di Malaysia, Galaxy Note 10.1 2014 ini berharga RM2299 dan akan dijual bermula 7 November 2013 kelak.


TIPS & ULASAN