Cari @ Amanz

Hari ini pihak Lenovo telah hadir dengan sebuah tablet berasaskan kepada Android terbaru, dikenali dengan nama Lenovo Yoga Tablet. Mengambil nama Yoga sebelum ini, ia membolehkan pengguna mengawal kedudukan skrin untuk beberapa penggunaan berbeza.

Lenovo Yoga Tablet

Lenovo Yoga Tablet ini hadir dalam pilihan dua saiz berbeza iaitu 8-inci dan juga 10-inci, dan membawakan spesifikasi lain yang lebih kurang sama.

Dari segi skrin, ia membawakan resolusi 1280×800 pixel IPS, cip pemprosesan empat-teras MediaTek, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 1.6-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua versi tablet Yoga ini akan hadir ke pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd