Cari @ Amanz

Google Glass merupakan salah satu perkara yang dibincangkan ramai sejak ia diperkenalkan sebelum ini. Terkini, Google mengumumkan kemaskini hardware untuk Google Glass Explorer Edition yang mana membawakan beberapa perubahan berbanding sebelumnya.

Google Glass

Dari segi rekaan, berbanding versi awal yang menggunakan speaker berasaskan bone conduction, versi baru ini dilihat membawakan earbud mono, sekaligus membolehkan Google mengurangkan kos pembangunannya.

Disamping itu, versi baru ini juga turut membolehkan kanta yang disesuaikan dengan mata anda digunakan, berbeza dengan sebelumnya yang tidak menyokong perkara ini. Sokongan ini semestinya mengembirakan ramai pengguna sedia ada yang telah menggunakan kaca mata untuk tujuan penglihatan.

Bagi pengguna Google Glass Explorer, mereka akan ditawarkan untuk mengubah kaca mata pintar mereka kepada versi ini dalam masa beberapa bulan lagi.

Mengikut jangkaan sebelum ini, Google dikatakan akan menawarkannya kepada pengguna umum pada tahun 2014 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd