Nexus 5 Dilaporkan Ditemui Di Pusat Khidmat LG Malaysia

Nexus 5 Dilaporkan Ditemui Di Pusat Khidmat LG Malaysia

Diterbitkan pada Okt 30, 2013 oleh .

Nexus 5 boleh dikatakan sebagai salah satu peranti yang dinantikan ramai peminat Android seluruh dunia. Beberapa gambar telah pun tertiris sebelum ini, dan hari ini ia dikatakan sebuah peranti Nexus 5 ditemui di pusat khidmat LG Malaysia.

LG Nexus 5 Malaysia

Dikongsikan oleh Lin Siong Soh, ia dikatakan ditemui di salah satu pusat khidmat LG hari ini, tetapi dari apa yang dipaparkan pada gambar, ia dilihat pelindung kerangka luar yang hadir pada bahagian belakangnya tidak selari dengan kedudukan kamera belakang Nexus 5.

Sama ada benar ataupun tidak, kita mungkin akan dapat melihat peranti ini diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.

Nexus 5


TIPS & ULASAN