Apple Masih Kekal Sebagai Pengeluar Tablet Utama – Samsung Ditempat Kedua

Apple Masih Kekal Sebagai Pengeluar Tablet Utama – Samsung Ditempat Kedua

Diterbitkan pada Okt 31, 2013 oleh .

Selain pasaran telefon pintar, satu lagi pasaran peranti mudah-alih yang berkembang pesat adalah pasaran tablet. Terkini, melalui angka dan statistik jangkaan yang dikeluarkan IDC, ia memperlihatkan Apple masih mengunguli arena tablet global.

Walaubagaimanapun, pegangan pasaran Apple dalam arena tablet dilihat semakin berkurangan, dan Samsung pada tempat kedua memperlihatkan peningkatan dari tahun ke tahun dalam jualan tablet mereka.

IDC - Tablet Q3 2013

Daripada angka yang dikeluarkan IDC juga, ia menunjukkan Lenovo dan juga Acer, masing-masing mengeluarkan berkali ganda angka tablet mereka, berbanding tahun lepas. Asus pula, menduduki tangga kedua dibelakang Samsung, sekaligus memperlihatkan tablet dengan sistem operasi Android masih mengungguli tablet Windows buat masa ini.

Pengurangan jualan tablet Apple juga mungkin kerana pengenalan iPad Air dan juga iPad Mini yang baru sahaja dilakukan, dan tiada sebarang kemaskini sehingga bulan lepas.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan ia terus meningkat dari hari ke hari, dan pada suku ketiga 2013 sahaja ia memperlihatkan lebih 47.6 juga tablet telah dikeluarkan untuk pasaran global.


TIPS & ULASAN