Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lalu Galaxy Note 3 mula dijual di pasaran tempatan. Minggu hadapan Galaxy Note 10.1 Edisi 2014 pula akan memasuki pasaran. Sungguhpun kedua-dua peranti ini adalah tergulung di dalam keluarga Note, ianya mempunyai beberapa perbezaan yang agak ketara. Apakah perbezaan tersebut? Sila baca rencana pandang pertama di bawah untuk mengetahui perbezaannya.

Rekabentuk
Spesifikasi Samsung Galaxy Note 10.1
Cip 2.3 (empat-teras) Snapdragon 800
Kamera Utama 8 Megapixel
Kamera Hadapan 2 Megapixel
Storan Terbina 16/32/64 Gigabyte Sokongan Kad SD sehingga 64 GB
RAM 3 Gigabyte
Skrin 10.1″ Resolusi 2560 x1600 pixel
Bateri 8220 mAh
Fungsi Tambahan Stylus

Rekaan dan kemasan Samsung Galaxy Note 3 digunakan semula pada Note 10.1 edisi 2014 ini. Perbezaan hanyalah dari segi kedudukan butang dan port peranti. Butang kuasa dan suara kini terletak pada bahagian atas, Begitu juga dengan pemancar infra merah. Pada kedua-dua bahagian tepi kini terdapat pembesar suara stereo. Pada bahagian kiri peranti juga terdapat tempat penyinpan stylus. Dari segi saiz, stylus Note 10.1 panjang sedikit dari Note 3. Perbezaan panjang adalah lebih kurang 5 sentimeter. Kami agak terkilan dengan stylus yang agak pendek ini. Pada pendapat kami sekiranya stylus Note 10.1 mempunyai stylus yang lebih panjang ianya pasti lebih selesa dipegang untuk tujuan melukis. Pada bahagian bawah terletak mikrofon dan juga port pengecas USB 2.0.  Ini adalah berbeza dari port pengecas 3.0 yang digunakan pada Note 3.  Beberapa lagi perbezaan diantara tablet ini dan phablet Note 3 ialah tiada sokongan NFC, tiada kemampuan mengambil video pada resolusi 4K, kamera yang lebih kecil , tiada fungsi Air Gesture dan tiada fungsi S Health.

Secara kesuluruhan rekaan peranti adalah cukup memuaskan kerana bahagian belakang yang lebih kukuh dan kelihatan seperti diperbuat daripada kulit. Tablet ini lebih selesa dipegang kerana tekstur kasar bahagian belakangnya menyukarkannya untuk tergelincir dari genggaman pengguna

[amanz-gallery]

Skrin

Samsung Galaxy Note 10.1 kali ini dilengkapi dengan skrin LCD 10.1″. Ia berfungsi pada resolusi melangkaui HD 2560 x 1600 pixel . Paparan skrin peranti ini memang cantik dan terang. Kami kurang menggemari skrin SAMOLED dan kami rasakan skrin LCD 10.1 adalah lebih menyerlah dari skrin SAMOLED Note 3.

Antaramuka

Tiada ketara yang dilakukan pada antaramuka TouchWiz versi tablet ialah ketiadaan talam pintasan pada bahagian bawah skrin. Pada bahagian bawah kiri dan kanan skrin hanya terdapat pintasan untuk talam aplikasi dan carian Google. Pada kedudukan potret 7 ikon aplikasi boleh disusun secara mendatar. Ini berbeza dengan hanya 4 ikon pada Note 3 dan 5 pada Samsung Mega. Talam notifikasi juga kini bewarna putih bukannya hitam seperti yang ada pada Note 3 dan Mega. Aplikasi My Magazine Samsung juga kini berfungsi pada kedudukan lanskap.

Kesimpulan

Tablet keluaran Samsung sebelum ini kerap kali dibidas kerana rekaannya yang kurang menarik. Dengan Note 10.1 Edisi 2014 Samsung cuba mengubah persepsi umum tentang tablet keluaran mereka. Rekaan tablet ini lebih kemas dan nampak lebih premium dari tablet Samsung sebelum ini. Majoriti fungsi yang diperkenalkan pada Note 3 boleh didapati pada tablet ini. Nantikan ulasan penuh Samsung Galaxy Note 10.1 2014 yang lebih mendalam daripada kami minggu hadapan.

PRO dan Kelebihan
  • Binaan yang cukup kemas dan cantik. Estetik Note 3 yang cantik kini dalam skala lebih besar. Akhirnya tablet Samsung yang kelihatan cukup bergaya.
  • Skrin LCD beresolusi 2560 x 1600 pixel memaparkan imej yang cukup tajam.
  • Spesifikasi pemproses dan RAM yang cukup berkuasa. Setanding dengan sebuah Note 3. Kelajuan tatalan dan melancarkan aplikasi amat lancar. Tiada masalah lengah masa
  • Pembesar suara stereo
  • Pelbagai fungsi baru yang memberikan nilai wang yang baik untuk harga peranti yang dibayar
  • Mempunyai fungsi telefoni dan SMS.
KONTRA dan Kekurangan
  • Tiada sokongan NFC, Air Gesture dan S Health
  • Stylus sepatutnya lebih panjang bagi memudahkan lakaran
  • Info
  • Samsung Galaxy Note 10.1 2014 akan dijual 7 November hadapan pada harga RM 2299
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd