Permainan Thor : The Dark World Sedia Dimuat-Turun Pengguna Peranti iOS

Permainan Thor : The Dark World Sedia Dimuat-Turun Pengguna Peranti iOS

Diterbitkan pada Okt 31, 2013 oleh .

Gameloft sedia menawarkan beberapa permainan berasaskan kepada filem, dan terkini mereka turut menerbitkan permainan Thor : The Dark World untuk para pengguna peranti iOS.

Thor Gameloft iOS

Melalui permainan ini, pengguna akan memainkan watak Thor dan perlu menghentikan Dark Elves daripada terus menghancurkan dunia. Gameloft sendiri mengatakan yang mana permainan ini mengikut tema filem terbaru Thor berkenaan, dan membawakan rekaan grafik 3D yang menarik, dilengkapi sokongan kawalan mesra skrin sentuh.

Versi Android dijangka akan menyusul tidak lama lagi. Sementara itu, bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan permainan Thor : The Dark World ini daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Thor : The Dark World untuk iOS


TIPS & ULASAN