Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk menemui kembali peranti yang hilang, seperti Prey dan sebagainya. Untuk iPhone dan iPad, aplikasi yang ditawarkan secara rasmi daripada Apple adalah Find My iPhone (turut dikenali dengan nama Find My iPad, Find My iPod, dan Find My Mac).

Apakah Itu “Find My iPhone”?

Find My iPhone

“Find My iPhone” adalah salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple sendiri dalam usaha membantu pengguna untuk menemui dan mendapatkan kembali sebarang peranti iOS mereka yang hilang. Aplikasi ini berfungsi melalui penggunaan akaun Apple ID yang secara automatik didaftar ke iCloud. Aplikasi “Find My iPhone” ini memerlukan sambungan internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk ia berfungsi dengan jayanya.

Fungsi Pada “Find My iPhone”

Location & Direction – membolehkan pengguna mengetahui lokasi peranti iOS anda samaada hilang, tercicir atau tersalah tempat. Ia turut hadir dengan sokongan integrasi aplikasi Maps untuk tujuan penunjuk arah jalan.
Play Sound – Sekiranya anda yang tersalah letak peranti iOS anda, boleh membuatkan ia mengeluarkan bunyi yang kuat, walaupun peranti berkenaan dalam keadaan Silent atau Muted.
Lost Mode – Peranti anda boleh dikunci dengan kata laluan 4 angka, sekaligus membolehkan data didalamnya dilindungi, serta memaparkan sebuah mesej khas seperti memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bagi mengembalikan peranti berkenaan.
Erase – Bagi yang kehilangan peranti, anda boleh memadam semua data didalam peranti berkenaan. Untuk makluman, lokasi peranti tidak boleh dikesan selepas ia dipadam. iOS 7 turut menyertakan sokongan Activation Locked dimana peranti iOS berkenaan akan dipadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal.

Bagaimanakah Aktifkan Sokongan “Find My iPhone”?

Untuk menggunakannya, terlebih dahulu pengguna diperlukan untuk memuat-turun dan memasang aplikasi Find My iPhone pada peranti mereka.

Seterusnya, sila ke halaman Setting > iCloud > Daftar masuk akaun AppleID, dan akhirnya pada bahagian bawah halaman berkenaan, tetapkan “On” pada Find My iPhone.

Find My iPhone

Seterusnya, kembali ke halaman Setting semula, dan piliha Privacy > Location Services, dan aktifkannya.

Find My iPhone

Akhir sekali, pada Location Services, tatal sehingga ke bahagian bawah, dan pada Find My iPhone, tetapkan kepada “On”. Anda juga boleh memilih Set Off pada Status Bar Icon, sekaligus mengelakkan pencuri daripada ketahui akan yang mana peranti anda sedang dikesan.

Find My iPhone

Sekiranya Menggunakan Komputer Riba Mac

Sekiranya anda menggunakan Mac, anda hanya perlu membuka halaman System Preferences, dan seterusnya pada iCloud, daftar masuk akaun Apple ID anda, dan aktifkan Find My Mac.

Find My Mac

Sekiranya Peranti Anda Hilang Atau Tercicir

Sekiranya peranti anda hilang, tercicir atau dicuri, terdapat dua kaedah mudah untuk mengesannya kembali.

Melalui peranti iOS rakan – Buka aplikasi Find My iPhone, dan daftar masuk menggunakan akaun Apple ID anda. Seterusnya pada pilihan yang diberikan, pilih peranti iOS atau Mac yang hilang atau tercicir.

Find My iPhone

Pada skrin yang sama juga, pengguna boleh ketahui akan lokasi peranti mereka, serta menetapkan sama ada ingin mengeluarkan bunyi, ingin mengunci peranti ataupun memadam data didalamnya. Untuk melihat arah perjalanan ke lokasi. pengguna hanya perlu klik pada ikon kereta yang terletak pada penghujung atas-kanan aplikasi berkenaan.

Find My iPhone

Melalui Komputer dan iCloud – sekiranya menggunakan komputer, anda hanya perlu ke laman iCloud.com, dan seterusnya daftar masuk menggunakan akaun Apple ID anda.

Klik pada ikon Find My iPhone, dan seterusnya menggunakan paparan yang hadir, pengguna boleh mengetahui lokasi semasa peranti mereka, disamping membuat beberapa kawalan seperti mengeluarkan bunyi, mengunci peranti ataupun memadam data didalamnya.

Find My iPhone

  • Info
  • Nukilan Haziq Harun di Apple User Group (Malaysia)®. Boleh hubungi beliau di Twitter – @h4zlq
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd