HTC Dikatakan Akan Hadir Dengan Peranti HTC M8 Dan Sense 6.0

HTC Dikatakan Akan Hadir Dengan Peranti HTC M8 Dan Sense 6.0

Diterbitkan pada Okt 31, 2013 oleh .

Pada tahun ini, pihak HTC telah memperkenalkan HTC M7 atau yang turut dikenali dengan nama HTC One. Kini, nampaknya usaha pembangunan untuk generasi baru peranti berkenaan telah dimulakan, dan dikenali dengan nama kod “HTC M8”.

Buat masa ini, apakah ciri-ciri baru yang akan disertakan bersama-sama peranti berkenaan tidak diketahui sepenuhnya lagi.

Menurut @evleaks, HTC M8 ini akan menjadi telefon pintar pertama daripada pihak HTC yang menggunakan antaramuka Sense 6.0.

Berkemungkinan kita akan dapat melihatnya pada awal tahun hadapan. Tahun 2014 juga bakal menyaksikan pihak HTC hadir dengan beberapa peranti lain, termasuk dikatakan adalah tablet dan juga jam tangan pintar.


TIPS & ULASAN