Celcom Menawarkan iPhone 5S Dan iPhone 5C Pada Langganan Serendah RM98 Sebulan

Celcom Menawarkan iPhone 5S Dan iPhone 5C Pada Langganan Serendah RM98 Sebulan

Diterbitkan pada Okt 31, 2013 oleh .

Dengan dua telefon pintar iPhone terbaru yang mula dijual di pasaran Malaysia, pihak Celcom turut sama tidak ketinggalan dalam menawarkannya, dimana kini Celcom membolehkan pengguna mendapatkan iPhone 5S dan juga iPhone 5C melalui pakej dan pelan khas untuknya.

Secara kasarnya, pihak Celcom menawarkan empat pilihan pelan yang hadir dengan komitmen bulanan bermula serendah RM98 hingga RM238, membolehkan pengguna membuat pilihan berdasarkan penggunaan tempoh panggilan dan SMS yang diperlukan.

iPhone 5C

Pelan Bulanan Panggilan Percuma SMS Percuma Data Caj Tambahan Lain-Lain
First Prime 1 RM98
(Penggunaan sehingga RM40)
4.05GB 15 sen/minit & 15sen/SMS Celcom WiFi 1GB
First Prime 2 RM128
(Penggunaan sehingga RM40)
6.05GB 15 sen/minit & 15sen/SMS Celcom WiFi 1GB
First Premier RM168
(Penggunaan sehingga RM80)
6.1GB 12 sen/minit & 12sen/SMS Celcom WiFi 1GB
First Elite RM238
(Penggunaan sehingga RM150)
6.2GB 10 sen/minit & 10sen/SMS Celcom WiFi 1GB

Untuk iPhone 5S, pihak Celcom menawarkan ia pada harga serendah RM1638 (dengan langganan RM238 sebulan selama 24 bulan). Pengguna juga disediakan dengan pilihan lain, termasuk memilih sama ada ingin melanggan selama 12 bulan atau 24 bulan.

iPhone 5S merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, dilengkapi dengan cip A7, membawakan skrin bersaiz 4-inci dengan paparan Retina, kamera belakang 8-megapixel iSight dan True Tone Flash, serta hadir dengan pengimbas cap jari – Touch ID. Telefon pintar ini juga turut menyertakan akses internet pantas melalui rangkaian LTE yang disediakan Celcom.

Untuk iPhone 5C pula, pihak Celcom menawarkan ia pada harga serendah RM1308 (dengan langganan RM238 sebulan selama 24 bulan).

iPhone 5C merupakan telefon pintar dengan pilihan pelbagai warna, dan hadir dengan cip pemprosesan Apple A6, paparan 4-inci Retina, dan kamera belakang 8-megapixel iSight. Peranti ini juga turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE daripada Celcom.

Bagi mendapatkan lebih info berkenaan langganan yang disediakan pihak Celcom, jangan lupa langgani halaman rasmi mereka, ataupun ke BlueCube terdekat untuk melihat dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan iPhone 5S dan juga iPhone 5C daripada Celcom.

Layari : Pakej Celcom iPhone 5S

Layari : Pakej Celcom iPhone 5C

Artikel ini adalah advertorial daripada Celcom


TIPS & ULASAN