Cari @ Amanz

Steam daripada Valve boleh dikatakan salah satu perisian dan perkhidmatan yang diminati ramai pengguna seluruh dunia, terutamanya kerana memudahkan proses pembelian permainan dan memasangnya terus pada komputer Windows, Mac mahupun Linux.

Melalui angka terkini yang dikongsikan oleh Valve, Steam kini dikatakan mempunyai lebih 65 juta orang pengguna seluruh dunia, dan lebih 3000 permainan dimainkan menggunakannya.

Dalam tempoh 12 bulan yang lepas, ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 15 juta akan pengguna, dan sejak beberapa bulan yang lepas, pelbagai permainan juga turut diperkenalkan untuk pengguna Linux.

Angka ini diumumkan oleh pihak Valve hari ini, selepas memperkenalkan SteamOS, Steam Machines dan juga Steam Controller sebelum ini.

Apa pun, mungkinkah kita akan dapat melihat angka pengguna meningkat dengan lebih ramai selepas pengenalan SteamOS kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd