Facebook Ingin Merakamkan Gerakan Tetikus Pengguna Dalam Menambah Baik Perkhidmatan

Facebook Ingin Merakamkan Gerakan Tetikus Pengguna Dalam Menambah Baik Perkhidmatan

Diterbitkan pada Okt 31, 2013 oleh .

Dalam menambah baik produk dan perkhidmatan, salah satu perkara yang amat membantu adalah data berkenaan pengguna. Terkini, ia dikatakan pihak Facebook merancang untuk mula mengesan gerakan tetikus pengguna ketika menggunakan laman tersebut, sekaligus menganalisa cara penggunaan pada laman sosial tersebut.

Data daripadanya, secara tidak langsung akan digunakan dalam menambah-baik perkhidmatan tersebut, dan berkemungkinan juga akan digunakan dalam memaparkan pengiklanan yang lebih berkesan kepada para pengiklan dan juga tanpa menganggu pengalaman pengguna laman sosial berkenaan.

Bercakap mengenai mengumpulkan data, Facebook bukanlah suatu syarikat baru yang mengimplementasikannya. Kebanyakkan syarikat pengiklan di arena internet memantau aktiviti pengguna dalam memaparkan iklan yang lebih relevan. Pihak Shutterstock sendiri dikatakan pernah mengumpulkan data seumpamanya dimana merakamkan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pengguna pada laman berkenaan.


TIPS & ULASAN