Fail APK Untuk Google Hangouts 2.0 Dengan Sokongan Integrasi SMS Hadir Ke Arena Web

Fail APK Untuk Google Hangouts 2.0 Dengan Sokongan Integrasi SMS Hadir Ke Arena Web

Diterbitkan pada November 1, 2013 oleh .

Google pada acara khas Google+ beberapa hari sebelum ini telah pun mengumumkan integrasi SMS pada Hangouts. Walaupun ia masih belum diterbitkan secara rasminya, tetapi daripada fail sistem operasi Nexus 5 yang diterbitkan, APK untuk Hangouts 2.0 turut hadir bersama dengannya.

Melalui Hangouts 2.0, ia menyertakan integrasi sokongan SMS, membolehkan pengguna menguruskan pelbagai permesejan mereka menggunakan satu aplikasi. Selain daripada itu, ia juga turut menyertakan sokongan perkongsian lokasi, disamping membolehkan pengguna melihat animasi GIF dengan mudah.

Kemaskini rasmi untuk aplikasi ini mungkin hanya akan hadir dalam masa beberapa minggu lagi. Bagi mereka yang ingin mencubanya terus, boleh memuat-turun fail APK yang tertiris ini dan memasangnya terus pada peranti Android anda.

Muat-Turun APK Google Hangouts 2.0


TIPS & ULASAN