Cari @ Amanz

Sebelum ini, pihak Telekom Malaysia mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan emel mereka pada 15 November, tetapi hari ini ia dilihat dilanjutkan sehingga 1 Disember 2013 kelak.

TM sedia menawarkan akaun emel percuma kepada para pelanggan perkhidmatan mereka dimana ia hadir dalam variasi akhiran @streamyx, @tm.net.my, @unifi.com dan sebagainya. Berkemungkinan besar ia akan ditamatkan adalah kerana kurangnya pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut.

Apa pun, perkara ini mungkin agak mengejutkan pengguna perusahaan yang mana masih bergantung kepada alamat emel TM untuk perniagaan mereka.

TM dilihat tidak menyediakan sebarang pautan khas untuk memuat-turun data daripada akaun emel pengguna, sebaliknya memerlukan pengguna memuat-turunnya secara manual untuk simpanan mereka.

Selepas tarikh 1 Disember 2013 kelak, semua perkhidmatan emel TM akan ditamatkan sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd