Cari @ Amanz

Setiap kali Google mengumumkan versi terbaru sistem operasi Android mereka, semestinya ramai yang tertanya-tanya berkenaan bilakah ia akan hadir ke peranti mereka. Namun, dari hari ke hari, selain mengintegrasikan sokongan baru terus ke peranti, pihak Google turut dilihat mengasingkannya dalam bentuk APK khusus untuk setiap fungsi.

Perkara sama juga untuk Android 4.4 KitKat, dimana walaupun secara keseluruhan ia membawakan penaiktarafan dan pengoptimasian untuk sistem operasi, tetapi setiap fungsi yang disertakan pada aplikasi turut boleh digunakan oleh pengguna peranti lain dalam bentuk APK khusus untuknya.

Buat masa ini, pihak Google tidak menerbitkan semua daripada aplikasi baru mereka pada Google Play Store, tetapi daripada fail sistem operasi Nexus 5, para pembangun bebas telah pun berkongsi beberapa APK aplikasi untuk membolehkan pengguna mendapatkan akses kepada fungsi-fungsi baru di Android 4.4 KitKat.

  • Amaran
  • Setiap APK yang dikongsikan adalah hadir daripada Nexus 5, yang mana mungkin tidak begitu stabil pada peranti anda. Pasangnya pada risiko sendiri.
Hangouts 2.0

Hangouts 2.0

Seperti pernah dikongsikan sebelum ini, Hangouts 2.0 membawakan sokongan integrasi SMS, membolehkan para pengguna untuk membalas SMS terus menggunakan aplikasi berkenaan, selain pada masa yang sama menguruskan mesej yang diterima melalui Hangouts pada aplikasi sama.

Google Home & Search

Android 4.4 KitKat

Android 4.4 KitKat

Launcher baru untuk Android 4.4 KitKat, dimana membawakan beberapa perubahan pada skrin utama, disamping animasi baru apabila pengguna ke talam aplikasi.

Google Home memerlukan pengguna memasang tiga fail APK dalam mendapatkan fungsi penuhnya. Sokongan Google Now yang diaktifkan melalui sebutan “Okay Google” dilihat tidak begitu stabil buat masa ini.

Bahagian Google Now turut dikemaskini, dan pengguna boleh mengaksesnya dengan hanya swipe daripada bahagian kiri skrin.

Google Keyboard 2.0

Android 4.4 KitKat

Bahagian papan kekunci maya pada skrin turut diberikan kemaskini, dimana kini untuk sokongan swipe ia membawakan bayangan berwarna putih dan bukannya biru. Selain itu, beberapa emoji turut disertakan pada bahagian ini.

Lain-Lain

Antara aplikasi lain yang turut hadir dalam bentuk APK adalah termasuk Calendar, Email, Gallery, Camera dan Google Keep. Untuk aplikasi Clock, kami gagal menjalankannya pada peranti kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd