Cari @ Amanz

Google Maps WazeIntegrasi data dari Waze ke Google Maps dan sebaliknya sedia diumumkan oleh Google selepas pengambil-alihan perkhidmatan pemetaan dan navigasi tersebut. Selepas beberapa bulan, kini dilihat perkara tersebut sedang dilakukan oleh gergasi carian tersebut secara berperingkat.

Beberapa pengguna dilihat telah mula mendapat notifikasi keadaan trafik dari Waze apabila menggunakan aplikasi Google Maps. Perkara ini diperlihatkan dalam bentuk pop-up disamping menyatakan yang mana data tersebut hadir dari Waze.

Integrasi ini semestinya akan memudahkan pengguna, dan tidak lagi memerlukan pengguna memasang lebih dari satu aplikasi navigasi dan pemetaan pada peranti mereka. Mungkin juga kita akan dapat melihat ia diintegrasikan pada perkhidmatan Google yang lain dari hari ke hari, sekaligus menawarkan peringatan Google Now yang lebih efektif kepada pengguna.

Jadi, bagi anda yang aktif menggunakan Google Maps untuk navigasi, adakah anda sudah dapat melihat notifikasi dari Waze di Google Maps?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd