Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengenalan Android 4.4 KitKat, semestinya ramai pengeluar peranti yang sedang bersedia dalam usaha memperkenalkan kemaskini tersebut kepada peranti mereka.

Daripada akaun Twitter rasmi pihak Sony, ia dilihat mereka ingin berkongsi akan perancangan berkenaan kemaskini Android 4.3 dan juga Android 4.4 untuk beberapa produk mereka pada minggu hadapan.

Selain daripada pengumuman kemaskini Android, mungkin juga kita akan dapat melihat pihak Sony hadir dengan produk baru pada pengumuman yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd