Cari @ Amanz

iPad Air telah pun mula dijual dibeberapa buah negara sejak semalam, dan kini melalui beberapa ujian yang dilakukan, tablet terbaru bersaiz 9.7-inci daripada Apple ini dilihat membawakan masa penggunaan sehingga sehari sebagai hotspot LTE.

Melalui ujian yang dilakukan oleh AnandTech, mereka menutup skrin, dan menggunakan iPad Air sebagai hotspot untuk menghubungkan komputer riba mereka ke internet secara wireless.

Ia turut dikatakan yang mana iPad 3 sebelum ini bertahan sehingga 25.28 jam untuk kegunaan sama, tetapi pada kadar kelajuan muat-turun 50KB/s. Untuk iPad Air ini, ujian dilakukan menggunakan kadar kelajuan purata 100KB/s, dimana dua kali ganda berbanding iPad 3 sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah iPad Air akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd