Cari @ Amanz

Seperti setiap bulan, pihak Google kini telah pun mengemaskini statistik penggunaan versi Android mereka, sekaligus memperlihatkan peningkatan penggunaan versi Jelly Bean secara global.

Android November

Mengikut angka terkini yang dikeluarkan, Jelly Bean kini digunakan pada lebih 52.1% peranti Android, sekaligus menjadi versi Android paling tinggi digunakan pengguna seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, pada tangga kedua adalah Gingerbread yang mana berjumlah 26.3%. Penggunaan Gingerbread berkurangan dari hari ke hari, tetapi ia masih di tangga kedua walaupun dilancarkan pada Disember 2010 yang lepas.

Mengikut ditangga ketiga adalah Ice Cream Sandwich dengan penggunaan sebanyak 19.8%.

Pada awal November ini juga, pihak Google telah memperkenalkan Android 4.4 KitKat, yang mana kita mungkin akan melihatnya pada jadual taburan penggunaan versi Android ini dalam masa sebulan dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd