Cari @ Amanz

Evolusi storan digital telah menyaksikan pertumbuhan mendadak seiring kehendak pengguna professional yang semakin berkebolehan untuk mencipta dan menghasilkan karya definisi tinggi. Tidak terhad kepada pengguna professional, pengguna normal juga memerlukan storan berkapasiti tinggi untuk menyimpan memori baik dalam bentuk foto dan juga video, disamping menyimpan dokumen-dokumen penting baik dokumen kerja mahupun dokumen peribadi. Western Digital pada bulan lepas telah melancarkan produk terbaru mereka My Passport Slim untuk mampu menyelesaikan masalah tersebut.

[amanz-gallery]

Harga My Passport Slim
1TB RM309
2TB RM489

Disebalik nama My Passport Slim,  peranti storan mudah alih yang nipis dan elegan ini mempunyai kapasiti pilihan yang besar bersaiz 1TB dan 2TB dan didatangkan pada satu warna sahaja iaitu warna perak. Berbanding dengan pilihan peranti storan mudah alih yang lain dari Western Digital, My Passport Slim adalah ternipis dan teringan serta membawakan kemasan besi untuk menambah ketahanan peranti tersebut. Turut disertakan adalah beg kain khusus untuk peranti ini. Peranti ini juga didatangkan dengan sokongan penyambungan USB 2.0 dan USB 3.0 untuk penghantaran data yang pantas.

Turut disertakan adalah perisian WD SmartWare Pro yang membolehkan pengguna membuat penyalinan data bersistematik. Sekiranya dahulu pengguna menyalin semua data tanpa mengetahui adakah data tersebut telah disalin ke peranti storan digital, dengan perisian ini pengguna boleh memilih dokumen tertentu untuk disalin secara automatik. Perisian tersebut juga membolehkan pengguna membuat salinan data dari akaun Dropbox ke peranti storan digital pengguna.

Peranti ini boleh didapati pada harga disyorkan RM 309 untuk kapasiti 1TB manakala untuk kapasiti 2TB pula akan dijual pada bulan Disember dengan harga disyorkan RM489. Kedua-duanya membawakan waranti selama 3 tahun.

Pro

  • Nipis dan ringan.
  • Sokongan kelajuan USB 3.0
  • Peranti pernah jatuh setinggi 50cm tetapi tiada sebarang kerosakan terjadi.

Kontra

  • Oleh kerana menggunakan bekas besi, ia akan menjadi suam apabila terdapat banyak penyalinan data yang dijalankan.
  • Sedikit kemek wujud hasil langgaran dengan bucu MacBook Pro.

Ujian Penanda Aras (MB/s = MegaBait per saat)

Menggunakan perisian Crystal Disk Mark untuk fail sebesar 100MB di Windows

  • USB3.0 – Read: 115.7 MB/s, Write: 111.2 MB/s
  • USB2.0 – Read: 30.60 MB/s, Write: 27.70 MB/s

Menggunakan perisian MBBench untuk fail sebesar 1.8GB di OSX Mavericks

  • USB2.0 – Read: 29.41 MB/s, Write: 26.94 MB/s
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd