Gambar Tablet Baru Diperlihatkan Pada Halaman Android.com

Gambar Tablet Baru Diperlihatkan Pada Halaman Android.com

Diterbitkan pada November 3, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan kemaskini Android 4.4 KitKat yang telah diperkenalkan pada minggu lepas, pihak Google turut sama telah mengemaskini halaman rasmi Android mereka dan menambah beberapa gambar berbentuk promosi yang baru.

Nexus 8

Menariknya, salah satu gambar yang hadir memfokuskan kepada aplikasi memperlihatkan sebuah tablet baru yang tidak pernah diumumkan oleh Google sebelum ini.

Secara kasarnya, ia membawakan Android 4.4 KitKat, serta bahagian kerangka tepi yang amat nipis berbanding kebanyakkan tablet hari ini. Dari segi saiz, ia dianggarkan sekitar 8-inci.

Ia mungkin juga sekadar sebuah tablet untuk tujuan gambaran sahaja. Tetapi, Google sebelum ini telah terlebih dahulu memperlihatkan telefon pintar Nexus pada video rasmi pengumuman KitKat, dan kini ramai membuat spekulasi yang mana berkemungkinan ini adalah salah satu tablet Nexus yang turut akan diumumkan Google tidak lama lagi.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN